Hany suka dengar lagu…boleh dikatakan banyak masa hany dengar lagu..nak nak di opis tuh…sambil buat keje mesti hany akan sumbat telinga dengan headset…dengar lagu…hany ingat lagi hany selalu kena marah dengan HR lama kat opis nih, sebabnya telephone kat sebelah hany berbunyi…tapi hany tak angkat…sebabnya hany duk pakai headset dengar lagu…
“dik oiiii ko pekak ker, tu la duk sumbat telinga dgn headset, tepon bunyi pun tak dengar”
owhhh ya, hany sebenarnya nak join contest...saja nak cuba nasib ;) anjuran
KAWAI GADGET Klik banner di bawah yer untuk tahu mengenai contest ini dengan lebih lanjut....
Lagu yang berkesan sangat buat hany adalah lagu JANGAN KAU BERPUTUS ASA nyanyian SPIDER dan ciptaan sepenuhnya TAM SPIDER. Kenapa hany kata lagu nih terkesan sangat buat hany sampai ke hari nih? sebelum hany huraikan dan bagitahu pada korang semua, mari hayati lirik lagu ini dahulu...kalau nak lebih feel PLAY kan sekali video kat bawah...tapi maybe loading slow sikit la yer....
ni la kumpulan spider
ok, jom tengok lirik lagu JANGAN KAU BERPUTUS ASA
Gerbang mu terbuka mencabar ku
Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin terkorban
Biar pun nanti kita terhukum
Kerana melanggar kebiasaan
Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Ia kan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba
"Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa"
Nada mu menangis menduga ku
Dekati dirimu yang ku rindu
Biarpun nanti antara kita
Ada yang mungkin menyesal
Biarpun nanti kita terpaksa
Membayar harga yang tak setimpal
Ikhlas hany bagitahu, setiap kali hany tengah ADA MASALAH, HANY TENSION, HANY BERGADUH DENGAN sape sape ker, HANY DOWN...HANY TAK TAHU APA PERASAAN sekalipun...hany akan dengar lagu JANGAN KAU BERPUTUS ASA ni...sedikit sebanyak hany akan tenang...serius...hany akan TENANG...
cuba tengok perenggan yang hany bold kan di atas, part tu lah yang buatkan hany macam ada semangat...serius tiba tiba sahaja rasa macam ada satu kuasa yang bagi semangat serta sokongan buat hany. bagi hany, selagi ada daya kena berdoa, kena usaha...kerana ALLAH takkan sia sia kan hambanya yang berusaha, yang berdoa, yang bertawakkal....
Hany lagi prefer tengok video dari dengar mp3 sahaja, sebab dengan tengok video kat bawah ni...bukan setakat membangkitkan semangat hany....kembalikan keyakinan hany, malah mampu buat bulu roma hany berdiri. setiap kali pergi karaoke pun hany takkan tertinggal untuk nyanyikan lagu nih....sampaikan menitik air mata lah....